MAHATHIR: BERWAJAH MANUSIA, BERHATI SERIGALA !!
Sudah agak lama juga saya tak menulis di ruang siber ini. Bukan apa, kesibukan seharian
dengan urusan sendiri tidak memungkinkan untuk saya menulis dalam perjuangan ini.
Hinggakan seorang kawan rapat saya beberapa kali bertanya kenapa saya tak menulis lagi.
Namun dalam kesempatan cuti Maulidur Rasul ini, saya punya sedikit ruang untuk memegang
keyboard. Sementelahan pula semenjak beberapa hari ini kedapatan isu hangat yang berlaku
dalam negara kita. Antaranya isu Laman Reformasi yang kena ‘hack’ dengan gambar
lucah, isu Eusoff Chin dan terakhir isu gempar Ali Abol Hassan si mamak kroni rasuah
Mahathir.
Isu Laman Reformasi Kena Hack
Isu ini
sebenarnya bermula bila mana munculnya “exmahazalim” yang kononnya telah bangkit dari
‘kuburnya’ sebelum pilihanraya kecil Teluk Kemang baru-baru ini. Kemunculan
‘exmahazalim’ dengan mendadak telah merobah keunggulan Laman Reformasi sebagai satu
wadah maklumat dalam perjuangan menegakkan keadilan di negara ini. Ia bermula dengan isu
“tafakkur” yang kononnya meminta dua orang pemimpin tertinggi Keadilan meletakkan
jawatan. Pada mulanya saya pun rasa ‘terpengaruh’ juga dengan kemunculan
‘exmahazalim’ tersebut. Maklumlah, beliau merupakan orang pertama yang membina laman
perjuangan siber sebegini. Isu tafakkur tersebut sedikit sebanyak telah ‘menggegarkan’
rakyat yang mendokong perjuangan ini.
Selepas itu, sehari sebelum pilihanraya kecil
Teluk Kemang, Laman Reformasi telah di’hack’ dengan gambar super lucah oleh kononnya
‘Hacker Junior’. Di sinilah keraguan umum mula tercetus terhadap webmaster LR iaitu
orang yang mengaku sebagai ‘exmahazalim’ tersebut. Saya telah meminta penjelasan
secara peribadi dari Mahazalim sebenar (tulen) mengenai siapa sebenarnya
‘exmahazalim’ tersebut. Rupanya kita semua telah diperdaya oleh beliau dengan menyamar
sebagai ‘exmahazalim’. Isu tafakkur tersebut rupanya kerja ‘musuh’ yang telah
memperdaya Webmaster LR, iaitu Mahazalimtwo. Bersebab dari inilah maka password
telah diberikan kepada ‘exmahazalim’ dan peluang ini telah digunakan dengan
sebaik-baiknya untuk memusnahkan Laman Reformasi dengan isu tafakkur dan menghack
dengan gambar lucah. Saya rasa ‘exmahazalim’ adalah hantu yang bersarang di Bukit Aman
ataupun Ibu pejabat UMNo sendiri.
Kalau kita perhatikan, selepas Laman Reformasi
dihack dengan gambar lucah tersebut, tiada lagi orang yang menggunakan alamat email exmahazalim@yahoo.com
. Saya kenal benar dengan gaya dan bentuk penulisan webmaster tulen LR tersebut, iaitu Sdr
Mahazalim, yang sebenarnya masih kurang sihat untuk meneruskan perjuangan ini. Dan beliau
sendiri mengakui yang beliau tidak sedar yang LR telah dihack pada 9 Jun lepas.
Sungguh pun
LR telah berjaya dipulihkan semula, tetapi saya perhatikan tiada penulis-penulis yang
established mahu menghantar artikel ke LR itu. Misalnya Sdr Marhain Tua, Amin Sapiro, dan
lain-lain. Mungkin mereka sudah tidak yakin lagi dengan WM yang mengendalikan LR
tersebut. Tambahan pula menulis di internet ini tidak kurang juga risikonya. Di sini
perlunya WM LR melakukan sesuatu yang boleh meyakinkan semula rakyat bahawa mereka adalah
pejuang-pejuang yang tulen dan bukan menjadi musuh dalam selimut. Inilah susahnya kita.
Bila orang sudah mula ragu, amat sukar untuk memulihkan semula keyakinan itu. Dalam hal
ini saya minta maaf dengan WM LR kerana bukan niat saya untuk mengatakan sesuatu yang
negatif, tetapi sebagai suatu pengajaran agar kita lebih berhati-hati dengan tipu
daya musuh di lain kali. Dan saya berharap, dengan penjelasan ini juga, keyakinan rakyat
terhadap Laman Reformasi kembali pulih. Saya langsung tiada kepentingan dalam LR
tersebut, tetapi sebagai pejuang, saya rasa mana yang perlu diperbetulkan, kita harus
memperbetulkannya. Tambahan pula jasa LR kepada perjuangan kita amatlah besar sekali.
Tidak patut kalau kita melupakannya begitu sahaja disebabkan insiden yang berlaku itu.
Isu
Eusoff Chin vs Rais si Pembakar Jambatan
Bagi saya, isu Eusoff Chin ini
tiadalah menarik sangat berbanding dengan isu Tun Salleh Abas dahulu. Ini kerana, seperti
yang kita ketahui, Eusoff Chin bukanlah seorang yang bersih dan kelihatan bersih seperti
mana Tun Salleh Abas. Eusoff Chin merupakan kaldai tunggangan Mahathir dan sebagai kaldai,
apa sahaja najis dan beban yang dipikul di atas kepalanya sudah tentu akan mendapat
pembelaan dan tidak akan diapa-apakan. Lihat sahaja, bila mana Mahathir balik dari Jepun
dua hari lepas, serta merta beliau mengulas yang tidak perlu ditubuhkan sebarang
suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan ke atas Eusoff Chin itu. Ini berbeza semasa
Mahathir hendak menyembelih Tun Salleh Abas dulu bila mana beliau beriya-iya menghasut
Sultan Johor, yang ketika itu menjadi Yang Dipertuan Agong untuk mengenakan Tun Salleh
Abas melalui Tribunal Khas.
Walaupun nampak sedikit anih kenapa Rais si Pembakar
Jambatan yang tidak berprinsip itu menimbulkan semula isu tersebut, meskipun ianya
ditimbulkan di Australia. Adakah Rais mahu ‘mengusik’ kaldai bossnya ataupun memang
ada sesuatu agenda yang terancang untuk mengenakan semula Eusoff Chin ? Ini nampaknya agak
kabur untuk kita membacanya. Tetapi jawapan Mahathir sebaik pulang dari Tokyo sedikit
sebanyak telah melelapkan tidur Eusoff Chin. Adakah Eusoff Chin yang bakal bersara dalam
sedikit masa lagi itu gagal dalam melaksanakan suruhan boss nya dalam kes Anwar ?
Bukankah Mahathir mahu isu Anwar diselesaikan seberapa segera ? Nampaknya Mahathir telah
bertemu buku dengan ruas kerana meskipun jasadnya dipenjara, Anwar tidak mati akal untuk
memahami sepak terajang politik mafia Mahathir si Mamak Tongkang tersebut. Saya rasa,
bersebab dari isu Anwar inilah maka Mahathir menyambungkan lidahnya ke lidah Rais si
Pembakar Jambatan untuk mengungkitkan semula isu percutian Eusoff Chin tadi. Kalau tidak
dengan restu Mahathir, beranikah si Rais untuk bersuara sebegitu ? Kemudian, akhbar-akhbar
yang loya dan meloyakan itu menjadikannya sebagai headline pula untuk beberapa hari yang
agak ‘panas’. Beranikah mereka bertindak begitu kalau tidak dengan restu sang Maharaja
? Dan rasanya juga, ‘pembelaan’ Mahathir sebaik pulang dari Tokyo dengan mengatakan
tidak perlu ditubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat Eusoff Chin itu sekadar nak
menyembunyikan niat sebenar beliau sahaja kot.
Kalaulah saya yang menjadi Ketua
Hakim Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Rayuan macam si Lamin tu,
inilah masanya untuk memulang paku buah keras kepada Mahathir. Dari hidup menjadi hamba
abdi seperti sekarang, lebih baik mati dimakan tanah. Sepatutnya inilah masanya untuk para
hakim membuktikan kejantanan mereka untuk ‘mengenakan’ semula Mahathir dengan
menjadikan kes Anwar sebagai batu loncatan. Kenapa hakim-hakim beruk yang menjadi kaldai
tunggangan itu takut sangat hendak menggunakan kuasa mereka yang termaktub seperti dalam
Perlembagaan, untuk memberikan keadilan yang luhur dan benar kepada Anwar ? Setelah
diperlekehkan sebegitu rupa oleh pihak eksekutif, kenapa si Lamin itu tidak mahu
‘mengajar’ kembali pihak eksekutif dengan membenarkan permohonan rayuan Anwar untuk
memanggil Mahathir ke mahkamah ? Inilah susahnya apabila manusia menjadikan maruah diri
lebih bangsat dari pelacur di Lorong Hj Taib dan rela pula dicucuk hidung bagai lembu yang
kekenyangan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa di mahkamah-mahkamah yang
terdapat di Jalan Raja Kuala Lumpur itu sudah tiada lagi hakim-hakim yang benar-benar
jantan dan punya maruah diri. Yang terakhir punya maruah dan harga diri sebagai manusia
yang berprinsip ialah Hakim Syed Ahmad Idit yang ‘kununnya’ dikatakan telah menulis
surat layang memperihalkan tentang amalan korup di kalangan para hakim. Selepas Tun Salleh
Abas, hanya beliau sahaja yang rela kehilangan jawatan demi prinsip. Orang macam inilah
sepatutnya kita sanjung sebagai wira. Eusoff Chin adalah suatu lambang kebebalan,
kebodohan, kebaculan, kebangsatan dan leburnya maruah para hakim-hakim yang wujud di
mahkamah-mahkamah di negara ini. Apabila diri sudah menjadi boneka kepada orang lain dan
prinsip diri sudah digadai untuk memuaskan nafsu orang lain, apalah erti hidup dan
kehidupan kita sebagai seorang insan ? Bukankah orang-orang begini tarafnya lebih hina dan
buruk dari haiwan?
Apabila Datuk Shafiee Yahaya Mengaum di Mahkamah
Tiada
yang lebih menggemparkan negara ini dalam dua tiga hari ini apabila seorang hamba Allah
yang bernama Shafiee bin Yahaya, yang dulunya adalah Ketua Pengarah BPR, telah mendedahkan
di mahkamah betapa Mahathir, yang menjadi Ketua Kerajaan Malaysia, telah bertindak
menghalangnya dari melakukan tugasnya dalam kes rasuah Ali Abol Hassan, mamak satu kapal
dengan Mahathir itu.
Saya tidak dapat membayangkan betapa keji, hina, busuk dan
bangsatnya manusia bernama Mahathir itu. Jika dulu, beliau dengan begitu kejam dan rakus
sekali mereka cipta tuduhan ke atas Anwar dengan mengatakan bahawa Anwar telah
menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk menghalang pihak polis dalam menjalankan
siasatan ke atas surat layang yang memfitnahnya, kini si Mamak Tongkang tersebut telah
terdedah kebejatannya melalui mulut Datuk Shafiee (Ya Allah, lindungilah hambaMu Shafiee
Yahaya itu dari segala musibah ke atasnya). Kemana lagi Mahathir mahu menyorokkan
kejahatannya selama ini? Kuasa Allah yang Maha Besar. Benda yang busuk akhirnya tercium
juga baunya yang hapak itu. Kalau selama ini kita didedahkan dengan penutupan kes rasuah
si Itik Gembo-gembo Rafidah Aziz, Eric Chia dan Rahim Thamby Chik si perogol budak, kini
terbongkar lagi kejahatan Mahathir si Mahafiraun itu.
Setakat ini Mahathir masih
mendiamkan diri dengan keterangan Datuk Shafiee di mahkamah itu. Nanti sama-samalah kita
tengok setakat mana beliau mahu mempertahankan tindakan busuknya itu. Buat sehari dua ini,
nampaknya Mahathir benar-benar panas punggung dibuatnya. Saya rasa inilah masa yang paling
sesuai untuk kita pihak pembangkang meningkatkan tekanan demi tekanan ke atas Mahathir.
Kita tahu beliau umpama sepohon pokok besar yang sukar untuk digoyangkan, tetapi kalau
kita tidak putus asa menggoncangkannya, lama kelamaan pokok besar sebegitu akan mati juga.
Saya harap pembangkang memperhebatkan kecaman dan tindakan secara kolektif untuk
membuatkan Mahathir tidak tidur lena di mahligainya.
Memang tidak diragukan lagi
bahawa segala jenayah dan kemaksiatan yang berlaku di negara ini mendapat perlindungan
khas daripada Mahathir sendiri. Itu yang kita tahu dan nampak. Bagaimana pula dengan
jenayah yang kita tak nampak? Kalau rasuah sudah menjadi darah daging di kalangan
pemimpin –pemimpin UMNo dan BN, bagaimana pula dengan kegiatan haram yang lain? Kegiatan
kongsi gelap misalnya, mendapat perlindungan polis, malah polis sendiri mendapat habuan
istimewa sebagai tukaran ke atas perlindungan itu. Begitu pula dalam kegiatan pelacuran,
baik yang berharga murah mahupun yang high class, maka polis juga terlibat sama
melindunginya. Kesian sungguh rakyat negara ini bila mana mereka-mereka yang beruniform
menyembunyikan rupa syaitannya di balik uniform itu. Sebaliknya, rakyat yang tidak
berdosa, yang berkumpul aman telah disepak terajang dan dilanyak sesuka hati, atas alasan
“keselamatan dalam negeri” kununnya.
Sebab itulah kalau kita perhatikan,
jenayah di negara ini bukannya semakin berkurang malah semakin bertambah. Polis cuma akan
bertindak kepada penjenayah ikan bilis sahaja kerana mereka tidak mempunyai sebarang
kepentingan dengan penjenayah bertaraf amatur sebegitu. Tetapi kalau dengan taukeh-taukeh
besar yang menjanjikan ganjaran besar, buatlah apa engkorang nak buat, nescaya polis tak
akan berbuat apa-apa. Sebab itulah saya rasa kerja sebagai polis ini sebenarnya lebih hina
dari menjadi pelacur.
Saya ingin berbalik kepada isu rasuah Ali Abol Hasan
tadi. Begitu mulianya amalan rasuah menurut kaca mata Mahathir bila mana, pertama; beliau
memarahi dan menyekat Datuk Shafiee meneruskan tindakan ke atas Ali Abol Hasan. Kedua,
selepas itu mengangkat pula si Ali sebagai Gabenor Bank Negara dimana kedua-dua jawatan
yang dipegang oleh Ali itu amat signifikan sekali kepada ekonomi negara. Bukan setakat
beliau (Mahathir) sahaja yang menjadi Bapak Rasuah di negara ini, malah menyokong sesiapa
sahaja kaldai-kaldai belaannya untuk makan rasuah. Bagi Mahathir, memakan atau mengambil
rasuah tidak salah. Yang salah ialah kalau ianya diketahui oleh orang lain maka barulah
seseorang yang mengambil rasuah itu akan kelihatan sebagai pengamal rasuah. Sebab itulah
beliau bersungguh-sungguh melindungi dan mahu menyembunyikan rasuah yang dilakukan
oleh kaldai-kaldai peliharaannya, seperti Rafidah Aziz, Eric Chia dan Ali Abol Hassan
tadi.
Yang paling menyakitkan hati ialah bila mana beliau bercakap bagai wali yang
baru keluar dari gua pertapaan, mahu menunjukkan ‘kesucian’ dirinya, lalu menuduh
musuh politiknya sebagai pengamal rasuah. Kalau Anwar dituduh dan dipenjarakan selama 6
tahun oleh Mahathir kerana menghalang polis dari menjalankan tugasnya, bagaimana pula
dengan tindakan beliau menghalang Datuk Shafiee dari menyiasat Ali Abol Hassan itu ?
Memang sahlah bahawa Mahathir adalah ketua mafia yang bertopengkan ketua kerajaan di
negara ini. Saya amat berharap agar dengan kes yang dibongkar oleh Datuk Shafiee itu
semakin menyedar dan membuka mata rakyat terbanyak, akan siapa sebenarnya Mahathir. Kalau
selama ini mungkin ramai rakyat yang percaya segala pertuduhan dan hukuman yang dikenakan
ke atas Anwar, dengan pembongkaran kes Ali Abol Hassan itu, rasanya sudah tiada
sebab lagilah untuk kita membutakan mata dan memekakkan telinga dari melihat kebenaran dan
dari mengenal siapa dia si Mahathir yang bejat dan licik itu. Sudah jelas dan nyatalah
bahawa Mahathir adalah insan yang wajahnya adalah manusia, tetapi hatinya adalah hati
serigala yang kejam dan buas, yang bukan sahaja sanggup menipu dan berbohong ke seluruh
dunia, malah sanggup membunuh untuk terus bermaharajalela memuaskan nafsu gilanya itu.
Kita akan bertambah keliru jika dalam keadaan sebegini pun, ahli-ahli UMNo yang masih ada
lagi iman di hatinya, masih boleh menyokong dan mempertahankan pemimpin sekeji dan sehina
Mahathir itu. Bagaimana nanti anda mahu menjawabnya di hadapan Allah s.w.t. nanti wahai
ahli-ahli UMNo ?
Cucu Datuk Bahaman 12 Rabiulawal 1421
|